Wednesday, 26 March 2014

Permainan Tradisional


Permainan Tradisional Melayu

       Orang Melayu yang duduk di kampung dahulu tidak ada wang untuk membeli permainan yang baharu. Mereka sangat susah untuk mencari wang.Wang mereka yang ada hanya untuk membeli barang-barang dapur di pasar dan benda yang penting sahaja. Orang Melayu sangat pandai dan rajin mencipta permainan tradisional seperti ini.Orang Melayu dahulu bermain dengan permainan tradisional seperti permainan batu seremban, gasing, guli, kaki gajah, dan capteh.




Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan– dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil (gravel) atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk di atas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.


Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada pakunya. Gasing adalah permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang . Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tetatpi, sekarang, tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Ia biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.



Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya dibuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya. Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli.




Capteh merupakan sejenis permainan tradisional yang dimainkan oleh orang Melayu. Ia juga dikenali sebagai Sebuyam atau Sepak Bulu Ayam
Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih. Sekiranya ia dimainkan secara sendirian, pemain akan cuba menyepaknya seberapa banyak yang mungkin dan seberapa lama yang mungkin. Ini biasanya dikenali sebagai menimbang. Menimbang juga boleh dimainkan lebih daripada satu orang, dan pemain bergilir menimbang bulu ayam, sementara pemain lain mengira berapa kali sepakan dibuat.
Sekiranya ia dimainkan lebih dari satu pemain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Kaki Gajah dimainkan dalam kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang pemain. Mereka akan menyilang kaki antara satu sama lain dan berlawan dengan kumpulan lain sehingga jatuh. Siapa yang jatuh akan dikira kalah dan yang masih bertahan sehingga habis adalah pemenang.
Oleh: Vanesha & Maisarah

Semua gambar dipetik daripada kamera JWPS.
Sumber informasi adalah dari Wikipedia dan telah diubahsuai sedikit.


Rempah-ratus

Berbagai jenis rempah-ratus digunakan oleh orang Melayu hingga sekarang. Rempah-rempah ini digunakan untuk memberi perisa pada lauk-pauk. Contoh rempah-ratus Melayu adalah seperti :

Cengkih

Gambar>fajarsumatra.com

Bunga Lawang


Gambar>kohalalthoyibba.blogspot.com

Kayu Manis

Gambar>manfaatkayumanis.blogspot.com

Pelaga

Gambar>aynorablogs.com

Jintan Manis


Gambar>brunei.fm

Nasi Ambeng

Gambar>pu3.sg
Gambar>resepirasa92.blogspot.com
       NASI AMBENG  

Nasi Ambeng ialah nasi wangi terdiri daripada nasi putih disediakan dengan kari ayam atau ayam yang dimasak dengan kicap, sayur-sayuran, mi goreng, ada ikan masin, daging kelapa goreng, dan sebagainya. Ia adalah masakan orang Jawa popular, terutama dalam setiap masyarakat Jawa-Melayu di negeri-negeri Malaysia Selangor dan Johor dan juga di Jawa, Indonesia. Ia    dihidangkan semasa perayaan dan dihidangkan di dalam dulang dan dinikmati bersama-sama dalam dulang oleh empat lima orang.

                                             

                                                          SEJARAH NASI AMBENG
Gambar>sg.entertainment.yahoo.com

Sejarah Nasi Ambeng bermula apabila masyarakat Jawa yang berasal daripada Tanah Jawa Indonesia berhijrah kepada Tanah Melayu Malaysia sekitar tahun 1890-1900 yang kini telah menjadi warga Malaysia. Nasi Ambeng merupakan makanan tradisional masyarakat Jawa semasa mengadakan kenduri majlis perkhawinan, kelahiran, doa selamat dan sebagainya.

Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam selamatan sebagai sebagai lambang keberuntungan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan memakai dengan tangan telanjang, tanpa sudu dan garpu. Penyajian nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikurniai banyak rezeki.


Oleh: Sarah Adlina & Hamizah Ismail

Sumber informasi dari Wikipedia

Kampung Lorong Buangkok

Video ini memberikan informasi tentang Kampung Lorong Buangkok. Ia menerangkan tentang bagaimana Kampung Lorong Buangkok dibina. Tambahan pula, ia menunjukkan tentang bagaimana cintanya penduduk Kampung Lorong Buangkok tinggal di sana.


~Diambil dari Youtube


Ini beberapa gambar-gambar di Kampung Lorong Buangkok. Kampung Lorong Buangkok ini adalah kampung terakhir di Singapura. Banyak kampung telah diroboh untuk mengadakan ruang bagi pembinaan bangunan flat-flat baharu.





Semua gambar dipetik dengan kamera JWPS

Pakaian Harian Orang Kampung

                                                 PAKAIAN HARIAN ORANG KAMPUNG



BATIK

Batik adalah salah satu pakaian harian orang kampung Melayu. Batik dibuat menggunakan dua cara. Yang pertama adalah teknik pewarnaan kain dengan lilin,ataupun'wax' untuk mencegah sebahagian warna dari kain. Teknik ini dikenal sebagai 'wax-resist dyeing'. Teknik kedua adalah kain atau busana yang dibuat dengan teknik tersebut, termasuk penggunaan motif-motif tertentu yang memiliki sifat keunikan.




Gambar>sarimah6052.blogspot.com


KAIN PELIKAT

Kain pelikat merujuk kepada kain sarung yang dipakai oleh orang Melayu, khususnya bagi kaum lelaki. Kain sarung ini telah dipakai secara meluas oleh pelbagai bangsa dan telah dikenali oleh masyarakat Melayu sejak zaman kerajaan Kesultanan Melaka lagi.
Kain pelikat biasanya dijual secara berjahit atau tanpa berjahit (kain pelikat lepas). Pada suatu masa dahulu, kain pelikat lepas digunakan sebagai kain basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji (ketika dalam keadaan ihram dan tidak boleh memakai kain berjahit). Pada masa kini, amat jarang kain pelikat dijual tanpa dijahit.

Oleh: Haryani & Rasyidah